BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 26, 2009

Corelle Made in USA



Nak tau masa zaman saya belajo2 dulu, sabor jelah, student2 Msia ni dok gila sgt pulun beli Corelle ni, mcm2 bunga ada,(dah lupalah pulak nama2 bunga,dulu siap hafal).Beli Corelle samapi abis duit elaun,hihihiii,terpaksa kerja part time kt kedai Mat salih. Nilah aje koleksi Corelle yang masih ada dlm simpanan saya,bayk juga bwk balik (naik kontena),tapi dah jual dgn sedara mara,kawan2,sbb masa tu kat KL memang lah mahal Corelle. Sekarg dah tak mahal sgt kut, tak taulah pulak, sbb lepas2 tu dah tak mau lagi dgr Corelle morelle ni.Dulu inilah yg saya guna utk basahan sehari2 siap dgn periuknya(tak amik gmbo), skrg dah tolak masuk kabinet, dok guna fesyen kangkung.Lepas ni tak tau nak guna apa lak.Kalau dapt rose hijau tu ,pergh   bestnnya. Tgh tggu teko aladin kangkung dari kawan siber kak saidah.

Sunday, November 22, 2009

Teko melengkapkan koleksi cawan








Koleksi teko ni kan baru jer saya ketemu pak, lagi jalan2 di kala hujan lebat disatu tempat, lalu jumpa dgn teko ni, saya terus ambik, rasannya kalau di satukan dgn koleksi set cawan mulut lebar saya tu, ok kut, sapa nak marah kan, cuma warnanya agak lari sikit, tapi still maintain.Cantikkan teko tu, dgn rosenya yang agak hidup mcm real juga.Gandingan yang menjadi rasannya.
Yang bawah tu pulak adalah canister tempat letak apa2 lah suke, mcm garam,gula,tepung dan mcm2 lagi hang punya suke.Nak letak saje je buat perhiasan pun takpe kut,sebab saya suka bungannya tu.Siap dgn besi tempat peletak canister tu, tapi saya selalunnya tak pakai besi tu buat semak jer.....

Wednesday, November 18, 2009

The Kangkung (ada juga tau)





The Kangkung is back, saya pun ada juga tapi hehhe ini jerlah yang ada, nantilah kalu jumpa lagi sure saya beli, especially cawan mulut lebarnya tu, pergh cantiknnya. Mana nak dapat tu.
Kalau boleh kan nak lagi dia punya pinggan hidang, teko aladin dia(cantik tu),pinggan kueh dan mangkuk sup ke, Sudu mak ada nyah, dua tiga ketul, jatuh pecah nyah.Masyaallah nikan jaman mak kita muda2 dulu pakai fesyen kangkung ni, boleh kata sekarang kan semua the kawan cyber.com.nyah ambik kau, ada tau, semualah. Saya jer yang tak complete lagi, tu pun nak tunjuk juga . Jgn mareeee, nanti kena jual.

 
Tengah tunggu teko aladin !!!!!

Koleksi cawan rose lagi dan mangkuk wedgwood




Ha cuba tengok yang atas tu, tak reti nak adjust lagi dah, koleksi baru tak baru juga, tapi dapat cawan jer 6 buah dan piringnya 6 keping. Tinggal set jer pun terus ambik, nanti termenung, rindu aku rindu kamu. Hahah, apalah nak buat dah kena penyakit cyber net.com.nyah ambik kau!!!!!!!!!

Dalam gambar kan cawan tu nampak molek sangat tau,bungannya nampak hidup mcm kat pasar chow kit, boleh buat mandi.Made in China lah apa lagi, tak yah tunjuk ahhh.Biasalah tu beb!!

Kan yang biru tu plak,kan koleksi dari Wedgwood, edisi agaknnya sompek sikit kut, tu sebab dia tak jadi eksport keluar, Kita mai pun kita terus amik jerrrr, pun tak banyak ada lagi, Wedgwood ni biasnnya pakai kat hotel gak kut.Ada warna biru,cream dan pink kaler lembut gitu!! Alalaa burung cucak rawa (tau tak )

Tureen Windsor



Tureen ni kan saya dapat pun satu jer, made in England, Windsor, ringan sesangat.Kalu jatuh kalu, alamat salamualaikummmm ler,jawabnnya.Punyalah sayang, hehhe.Saya belum lagi nak kumpul sangat tureen ni, tapi saya tau banyak cantik2 kan,masyaalah ampun.Kalau tak mau piecah kan, saya ada satu cadangan, gunakan bobokan mcm indon guna di restoran2 nya disana yang letak dlm daun pisang, bau best beb, naik selera makan. Alah yang anyam2 tu,di panggil bobokan.

Koleksi serpihan





Nak kata antik sangat takdelah pulak, cuma nak cerita kt u all, masa pergi berebut beli nikan, ini aje yang ada untuk koleksi Raspberry ni.Begitu juga dgn tureen yang come lotey tu. Saya tak fikir panjang terus jer ambik, nanti kan lama2 jadi lah antik tu hehe.
Koleksi Raspbery tu sya suma ada 4 keping jer ooo, tak manyak pun, oops ada pinggan dia juga hah itu pun tinggal balance2 jer. sabor jelah. Hah apa laiii, tegok2 lah , diam2 udah jgn bunyi2 udah.

Tuesday, November 17, 2009

Piring hadiah


Piring-piring berbunga ros ini adakah hadiah dari seorang kawan lama sempena hari jadi saya yang lalu. Keberapa? eekkk, tak yah lah tau.Ada 3 keping semuannya,dimana iannya berlainan bunga tapi motif sama ros,ros,ros.

Macam pinggan farm cokelat tadi, piring ini juga ada yang suka letak di dinding dan ada yang suka letak di kaki yang telah disediakan mcm dlm gambar.Biasanya kan piring sebegini banyak kita jumpa di rumah orang lama2 kan, tapai koleksi ini nanti akan jadi diantara koleksi yang agak susah nak dicari.

Terima kasihlah yer kwan2 ,tahun depan jangan lupa bagi lagi

Fine Bone china




Fine Bone China ni pun saya takdelah banyak, cuma ini termasuk dlm ketegori baru kan, bukan lama, nantilah kalau dah minat dgn bone china kena carilah hak yang pelik2 sikit.Tapikan yang bestnya bone china ni , dia ringan tau,melayang layang jer , dan halus buatannya , Kita dapat rasa bila memegang cawan ini.

Koleksi ini sebenarnnya saya dapat masa garage sale di Mont kiara lama dulu dah.Murah jadi saya pun ambillah. Set nikan juga boleh dibuat sebagai hadiah atau cenderamata kepada kawan2 atau sedara mara, kalau ada kenduri kawin, kan org melayu suka bagi cawan heheheh

Monday, November 16, 2009

Koleksi Pink China




Dinasti Ming pada masa dulu agaknnya kan menggunakan pinggan mangkuk mcm ini,pakai teka jer sebab kebanyyakan pingan mangkuk ini semuanya datang dari cina. Nantilah saya cari info pasal asal usul nya.hehhe

Koleksi yang atas berwarna pink ini memang cun oooo, saya ada banyak jugalah, cawan,mug,piring,sudu,teko dan mangkuk sup.Org cina kan suka makan sup. Ada juga yang berwarna hijau/kuning yang koleksi ini, tapi saya lebih sika yang berwarna pink ini dan susah juga nak dapat. Bila saya berjalan2 di satu Flea Market , kat mana?. rasannya semua org tau tempat ni, memang ada juga apik cina ni yang jual koleksi pink ini, tapi itu pun tak banyak yang mereka ada.so layan lah yang sini




Berbelang belang hitam dan jingga atau orenge, warna pinggan ni, tapi nama dia tak tau, cuma dia tulis Vision jer!!!!!!.Ni pun sya dapat di kampung, tak banyak ada, saya rasa koleksi mcm ni rasannya di guna di hotel-hotel,
Nak tunjuk belakangnnya, mcm over jer pulak, cuma vision by Wedgwood .
Itulah pasal tak banyak ada.Hemmm, agak berat juga,cuma saya kongsi disini kombinasi warnannya yang saya sukeeeee lah

Koleksi Farm English juga /cawan ros



Apa bezannya farm english biru dengan cokelat ni?. Saya dapati yang biru lebih kepada ciri pendalaman dan cokelat pula ada gambar ayam,itik,kuda dll, lebih kurang je.Ini juga koleksi SPODE ENGLISH untuk eksport kualiti.

Ada kata ,hissss jgn ada gambar binatang. Tapi saya tak kisah sangat lah tentang semua tu,tak menjejaskan saya, cuma sekadar hiasan jer,Ada juga suka letak kat dinding kan, kalau pergi rumah org lama2 kan depa suka letak kt dinding, tp saya letak dlm lemari jer.Simpan baik2 sbb nanti susah dah nak dapat koleksi ni. Satu kali keluar jer, tp maybe keluar bentuk lain pulak kan!!!!!





Koleksi single the mingle









Balik kampung kemarin masa raya, hehhe dapatlah koleksi lama mak yang tidak digunakan lagi, kesian dok simpan dlm lemari punyalah lama tu. So saya ambik dan bersihkan, edisi single mingle sebab tu jer yang ada. Dlm blog kwan2 saya tengok siap ada teko nya ,cawan nya lagi, mak aiiii.Bunga padi, sakura dan ros hitam, malunya nak tunjuk, sbb tak cukup. Yang atas sekali tu jumpa kat kedai nyonya lama punya juga, dan ada satu tu ajer,terus ambik.....Fikir byk2 kalih jer pala, pusing satu kali dah tak doo nanti.

Koleksi blue churchill,spode english







SPODE ENGLISH ini juga antara yang saya sayang,mcm sayang org plak,ye tu......eksport kualiti juga, churchill pun ada juga ,itu tuk set minum,hemmmm, kena jaga baik2 takut dah tak ada lagi keluaran,mana nak cari,

Sekarang ni mana2 apik pun dah pandai, jual manyak mahal oooooooooo, dia dah tau ramai org cari koleksi lama2 ni, masyallah, dari RM10, naik terus RM70 hengget, tu baru satu teko je, adik manis......Tulah dah kata boleh buat bisnes juga,tapi saya nak simpan baik2 dlm lemari,kadnag2 tu guna juga ,Saya sukakan ciri2 perkampungan pendalaman enggeris lama,tak kisah lah ada gambar binatang sikit, bukannya apa pun.

Roses lagi maaaaaa








Ini koleksi paling saya sayang juga, jgn pilih kasih nanti merajuk pecah lak,upsssssssss, cantik tu munga nya, rose lagi, hai dah namapun perempuan tak boleh lari dari motif rose. Ada ke yang tak suka rose?...hehehhe.

Banyak juga yang ini saya ada, tapi saya tak beli sekali gus. Sikit2,bila jalan2 jumpa beli satu-satu.Teko ni sy suka sgt sebab bodi dia pergh,ada dua jenis satu lagi biasaje.Ada juga tempat letak sudu,cawan mug, sudu, set cawan ,tempat letak buah 3 tingkat,dan piring letak kuih.

Krismas Tree






Koleksi Krismas Tree ini saya bawakan untuk tatapan semua, ha tengok tu kalau lah ada penuh satu gudang, mana nak letak kat rumah atau kat belakang rumah,pening kan. Tapi saya cuma ada koleksi tea set, tempat susu,gula piring, pinggan makan, dan teko. Ini juga adalah merupakan koleksi awal saya pada masa mula bergiat giat dalam mengumpul pinggan antik.
Di bawah montotnya adalah tertulis Spode dimana untuk eksport kualiti.Iannya ringan dan tak berat,halus buatannya dan kemas.